OUR HITS

hit counter

Tuesday, May 25, 2010

Maaf dari Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di sini kami ingin memohon maaf kerana blog ini akan di tutup sementara waktu oleh kerana masalah teknikal yang tidak dapat kami elakkan. Terima Kasih sekali lagi di atas segala komen-komen yang telah saudara/saudari berikan setakat ini.

Saturday, May 22, 2010

(1) Terlebih dahulu jutaan terima kasih di atas sambutan serta komen-komen yang telah di beri setakat ini. Untuk pengetahuan saudara/saudari blog ini dirancang dan bina oleh Jawatankuasa Perancangan UNIPOL BPPK, JPP dengan tujuan untuk mendapat cadangan dan komen mengenai konsep UNIPOL (nama sebenarnya belum diputuskan lagi) yang akan dibina tidak lama lagi. Di fasa awal ini, kami ingin mendengar serta mengumpul suara-suara warga Politeknik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rancangan yang konkrit.

(2) Blog ini akan mengenegahkan beberapa isu untuk dikomen oleh semua. Ia tidak bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang diketengahkan, sebaliknya blog ini bertujuan untuk bersama-sama mencari jawapan melalui ide dan komen yang positif dan bernas, ini bermaksud bahawa blog ini memberi peluang kepada semua warga Politeknik Malaysia untuk berkongsi ide dan pendapatuntuk merekacipta halatujunya.

(3) Antara topik-topik yang akan diketengahkan nanti adalah: P & P di Unipol, Perhubungan Industri, Peranan Pensyarah dan Staff Sokongan, Peranan Pengurusan, Budaya Kerja UNIPOL, ISO dan Kualiti dll. Setiap bulan akan melihat sekurang-kurang satu/dua isu diketengahkan untuk perbincangan warga Politeknik.

(4) Topik minggu ini masih lagi mengenai identiti ‘Hands-on’ UNIPOL (sila lihat posting pertama). Jadi sama-samalah kita gunakan peluang yang diberi ini untuk memberi pendapat/cadangan/komen/saranan untuk merekacipta UNIPOL yang kita idamkan.

Komen, Ide, Cadangan?

Wednesday, May 5, 2010

UNIVERSITI POLITEKNIK 2015

Agenda Transformasi Politeknik
Mencari identiti UNIVERSITI POLITEKNIK


1. UNIPOL atau Universiti Politeknik adalah sebahagian dari pengisian agenda Transformasi Politeknik yang telah dilancarkan pada bulan Februari 2010. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah berhasrat untuk mengeluarkan graduat pertama UNIPOL pada tahun 2015.

2. Pencarian identiti bermula dengan renungan mengenal diri. Apakah identiti yang patut di ketengahkan oleh UNIPOL? Selama ini kekuatan Politeknik Malaysia berfokus kepada pendidikan dan latihan yang beteraskan kepada kehendak industri. Latihan Industri selama 5 bulan serta pendekatan pendidikan untuk ‘practitioners’ adalah ‘DNA’ bagi Politeknik Malaysia. Adakah ini sebenarnya kekuatan kita? Adakah pendidikan secara ‘Application Oriented Education and Training’ atau Hands-on ini sebenarnya kekuatan yang patut UNIPOL tonjolkan?
Komen, Ide atau Cadangan?