OUR HITS

hit counter

Saturday, May 22, 2010

(1) Terlebih dahulu jutaan terima kasih di atas sambutan serta komen-komen yang telah di beri setakat ini. Untuk pengetahuan saudara/saudari blog ini dirancang dan bina oleh Jawatankuasa Perancangan UNIPOL BPPK, JPP dengan tujuan untuk mendapat cadangan dan komen mengenai konsep UNIPOL (nama sebenarnya belum diputuskan lagi) yang akan dibina tidak lama lagi. Di fasa awal ini, kami ingin mendengar serta mengumpul suara-suara warga Politeknik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rancangan yang konkrit.

(2) Blog ini akan mengenegahkan beberapa isu untuk dikomen oleh semua. Ia tidak bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang diketengahkan, sebaliknya blog ini bertujuan untuk bersama-sama mencari jawapan melalui ide dan komen yang positif dan bernas, ini bermaksud bahawa blog ini memberi peluang kepada semua warga Politeknik Malaysia untuk berkongsi ide dan pendapatuntuk merekacipta halatujunya.

(3) Antara topik-topik yang akan diketengahkan nanti adalah: P & P di Unipol, Perhubungan Industri, Peranan Pensyarah dan Staff Sokongan, Peranan Pengurusan, Budaya Kerja UNIPOL, ISO dan Kualiti dll. Setiap bulan akan melihat sekurang-kurang satu/dua isu diketengahkan untuk perbincangan warga Politeknik.

(4) Topik minggu ini masih lagi mengenai identiti ‘Hands-on’ UNIPOL (sila lihat posting pertama). Jadi sama-samalah kita gunakan peluang yang diberi ini untuk memberi pendapat/cadangan/komen/saranan untuk merekacipta UNIPOL yang kita idamkan.

Komen, Ide, Cadangan?

4 comments:

  1. The important elements in the ‘Hands-On’ identity for UNIPOL is Technology Transfer include working together, partnering and collaboration. Technology transfer process is tedious and lengthy but it will ensure success as the students are being train by the industry that prescribed the need of the industry. The proposed technology transfer is seen as critical as it will inculcate and offer change to mindset and culture in teaching & learning (P&P) process. The strength and success of the ‘Hands-On’ identity is depend on three dominant issues namely culture, relationships within an organization/institution and high level of technology use within an organization/institution (APQC, 1998).

    I basically agree to such identity and suggest ideas as follows:
     More interactive discussion to be established between UNIPOL and industry i.e. practical training and sabbatical leave
     Knowledge gap between industry and academia i.e. applied research
     Benchmarking ‘Hands-On’ performance in UNIPOL against developed countries.
     Identifying potential Centre of Excellence for ‘Hands-On’ in various categories of specialization.
     Willingness of industry/institutions to come forward to share new technology, innovation and invention.
     Curriculum development needs to be focused on the actual situation and the real need from the industry.

    Thank you.

    ReplyDelete
  2. Salam, saya adalah lepasan sijil&diploma PUO dan telah bekerja dalam agensi perkhidmatan teknikal kerajaan. Saya amat bersetuju Poly dinaiktaraf sebagai Universiti atau sekurang2nya menawarkan program ijazah dan ijazah lanjutan di masa hadapan kerana IPT sekarang lebih gemar mengambil lepasan STPM dan lepasan diploma mereka sendiri memandangkan silibus mereka dan poly 'sama tapi x serupa'. Lagi pula, sistem pendidikan Politeknik adalah lebih establish (walopun pd peringkat separa) berbanding ITM/USM/UPM dll IPT. Jangan dilupakan, kesemua MTUN(universiti teknikal-UTEM,UMP,UTHM,UNIMAP) adalah wujud dari UTHM yg berteraskah 'hands on'. UTHM ini pula 'meniru' sistem Politeknik kita memandangkan UTHM ini adalah sebenarnya Politeknik Batu Pahat sebelum dijadikan PLSP dan UTHM.maknanya kita di Poly harus berbangga kerna MTUN yg wujud kini adalah dari sistem Politeknik..slot 20% yg diberikan MTUN pd Poly harus dilihat dari jangka masa pendek, apabila mereka benar2 establish,maka dimana halatuju lepasan Poly utk menumpang 'ehsan' Universiti lain..memandangkan x lama lagi kita akan ada 33 buah Politeknik termasuk Politeknik Metro.

    Dari segi hand on, saya harap kejadian sebahagian ijazah kejuruteraan Unimap x diiktiraf EAC-BEM sbg renungan, tetapi saya cadangkan 'win-win situation' dpt diambil iktibar.Saya cdgkan agar kesemua IPT berteraskan 'hand on' iaitu 33 Poly beserta Universiti MTUN dan UniKL 'bersatu' utk membentuk 'liga'nya yg tersendiri.. Mungkin UTM sebagai universiti teknikal tersohor negara boleh 'memandu dan membantu' kita. Ijazah kejuruteraan kini dipantau EAC-BEM yg menganggotai Washington Accord(WC), Saya harap JPP beserta MTUN dan UniKL boleh memohon pihak atasan menganggotai Sydney Accord(SA-yg mengutamakan hand on dari amalan konvensional.)
    Mungkin perbincangan lanjutan antara BEM boleh dibuat agar lepasan program ijazah hands on ini dapat mendaftar dalam BEM dgn beberapa penambahan yg difikirkan sesuai sekiranya ianya kelak x menepati kehendak EAC.Oleh itu, penawaran Master di Poly perlu dilaksanakan juga memandangkan sekiranya program ini x diiktiraf EAC,maka lulusan ijazah tersebut di'paksa' EAC utk topup degree mereka dgn Master yg diiktiraf BEM atau lulus paper IEM Part 1/2/3 utk mendaftar sbg PE.Kini ura2 terdengar bahawa setiap program kejuruteraan fakulti perlu ada seorang PE sbg pensyarahnya..
    Untuk memudahkan Poly,saya kira kursus ijazah kejuruteraan spt marin dan senggaraan pesawat mungkin boleh diwujudkan kerana bidang Kelautan dan Penerbangan ini walaupun mahal, tetapi ianya dikawalselia oleh badannya sendiri,bukannya BEM. Sektor Penerbangan dikawal DCA manakala kelautan dikawal jabatan Laut ygmana kedua-duanya dibawah Kementerian Pengangkutandan bukannya MoHE atau Kem. Kerja Raya(BEM dibawah KKR).Untuk menjadi jurutera dibidang kelautan/penerbangan tidakperlu BEM-EAC,hanya perlu kompeten pada syarat2 badan2 tersebut.BEM juga perlu didesak supaya mewujudkan satu badan serupa spt EAC tetapi hanya mengakreditasikan ijazah pertama kejuruteraan hands on/teknikal (TAC)..

    ReplyDelete
  3. Selain itu,saya berharap agar skim gaji pensyarah Politeknik dinaiktarafkan sesuai dgn peranan dan kelayakan mereka dimasa akan datang. Cuma saya terfikir,sekiranya Poly menjadi Universiti,adakah skim gaji pensyarah Poli sama spt pensyarah Universiti iaitu DS? sekiranya sama skim gaji DS,adakah kemungkinan Poly kita ini akan 'dimasukkan' ke dalam JPT(Jbt. Peng Tinggi- Dibawah Dato Ir. Raden Umar?),memandangkan Poly kita dibawah JPP( Jbt. Peng. Poly- Dibawah Dato Imran).. Adakah rela JPP 'masuk' kedalam JPT? Selain itu, saya juga terfikir, siapakah gerangan NC UniPol ini kelak? Saya berharap Poly tidak 'masuk/menumpang' kedalam JPT, biarlah kita dgn cara kita yg tersendiri dan unik bagi membekalkan modal insan yg intelektual beserta sarat dgn kemahiran yg diperlukan.

    Kita ada Sekolah Teknik yg lulusannya boleh pergi ke UTM, Kita ada Sekolah Kebangsaan yg lulusannya boleh pergi ke UKM, kita ada Aliran Sains Tulen ygmana lulusannya boleh pergi ke USM dan U lain, tetapi kita ada Sekolah Vokasional tetapi tiada tempat yg jelas utk lepasannya melanjutkan pengajian ijazah dan keatas bagi mereka; baik dari Vokasional mahupun sekolah lain yg mahukan sistem pendidikan teknikal/vokasional yg berbeda dari Universiti tradisional lain, Maka jawapannya adalah Universiti Politeknik yg bakal ditubuhkan(walaupun kita lewat dari universiti lain)..
    Saya juga m'ambil kesempatan untuk mencadangkan nama Universiti Politeknik ini sbg UniPOLY atau UniTEK (Universiti poTEKnik)..
    Sejarah sistem Politeknik kita panjang,lagi panjang dari sebahagian IPT Msia. Terdapat lulusan kita menjadi pensyarah di Universiti lain,CEO MIMOS, CEO Metro Bank di UK,usahawan, jurutera,arkitek dan kumpulan sokongan, maka saya amat yakin dgn penubuhan Universiti Poly ini bakal melonjakkan modal insan Msia.

    ReplyDelete
  4. Salam, saya adalah lepasan sijil&diploma PUO dan telah bekerja dalam agensi perkhidmatan teknikal kerajaan. Saya amat bersetuju Poly dinaiktaraf sebagai Universiti atau sekurang2nya menawarkan program ijazah dan ijazah lanjutan di masa hadapan kerana IPT sekarang lebih gemar mengambil lepasan STPM dan lepasan diploma mereka sendiri memandangkan silibus mereka dan poly 'sama tapi x serupa'. Lagi pula, sistem pendidikan Politeknik adalah lebih establish (walopun pd peringkat separa) berbanding ITM/USM/UPM dll IPT. Jangan dilupakan, kesemua MTUN(universiti teknikal-UTEM,UMP,UTHM,UNIMAP) adalah wujud dari UTHM yg berteraskan 'hands on'. UTHM ini pula 'meniru' sistem Politeknik kita memandangkan UTHM ini adalah sebenarnya Politeknik Batu Pahat sebelum dijadikan PLSP dan UTHM. Maknanya kita di Poly harus berbangga kerna MTUN yg wujud kini adalah dari sistem Politeknik.. Slot 20% yg diberikan MTUN pd Poly harus dilihat dari jangka masa pendek, apabila mereka benar2 establish,maka dimana halatuju lepasan Poly utk menumpang 'ehsan' Universiti lain, memandangkan x lama lagi kita akan ada 33 buah Politeknik termasuk Politeknik Metro.

    Dari segi hand on, saya harap kejadian sebahagian ijazah kejuruteraan Unimap x diiktiraf EAC-BEM sbg renungan, tetapi saya cadangkan 'win-win situation' dpt diambil.Saya cdgkan agar kesemua IPT berteraskan 'hand on' iaitu 33 Poly beserta Universiti MTUN dan UniKL 'bersatu' utk membentuk 'liga'nya yg tersendiri.. Mungkin UTM sebagai universiti teknikal tersohor negara boleh 'memandu dan membantu' kita. Ijazah kejuruteraan kini dipantau EAC-BEM yg menganggotai Washington Accord(WC), Saya harap JPP beserta MTUN dan UniKL boleh memohon pihak atasan menganggotai Sydney Accord(SA-yg mengutamakan hand on dari amalan konvensional.)
    Mungkin perbincangan lanjutan antara BEM boleh dibuat agar lepasan program ijazah hands on ini dapat mendaftar dalam BEM dgn beberapa penambahan yg difikirkan sesuai sekiranya ianya kelak x menepati kehendak EAC.Oleh itu, penawaran Master di Poly perlu dilaksanakan juga memandangkan sekiranya program ini x diiktiraf EAC,maka lulusan ijazah tersebut di'paksa' EAC utk topup degree mereka dgn Master yg diiktiraf BEM atau lulus paper IEM Part 1/2/3 utk mendaftar sbg PE. Kini ura2 terdengar bahawa setiap program kejuruteraan fakulti perlu ada seorang PE sbg pensyarahnya..
    Untuk memudahkan Poly,saya kira kursus ijazah kejuruteraan spt marin dan senggaraan pesawat mungkin boleh diwujudkan kerana bidang Kelautan dan Penerbangan ini walaupun mahal, tetapi ianya dikawalselia oleh badannya sendiri,bukannya BEM. Sektor Penerbangan dikawal DCA manakala sector Kelautan dikawal Jabatan Laut ygmana kedua-duanya dibawah Kementerian Pengangkutan dan bukannya dibawah MoHE atau Kem. Kerja Raya(BEM dibawah KKR).Untuk menjadi jurutera dibidang kelautan/penerbangan tidakperlu BEM-EAC, hanya perlu kompeten pada syarat2 badan2 tersebut.BEM juga perlu didesak supaya mewujudkan satu badan serupa spt EAC tetapi hanya mengakreditasikan ijazah pertama kejuruteraan hands on/teknikal (TAC).

    ReplyDelete

Your comments are most welcome & will be taken into consideration.