OUR HITS

hit counter

Wednesday, May 5, 2010

UNIVERSITI POLITEKNIK 2015

Agenda Transformasi Politeknik
Mencari identiti UNIVERSITI POLITEKNIK


1. UNIPOL atau Universiti Politeknik adalah sebahagian dari pengisian agenda Transformasi Politeknik yang telah dilancarkan pada bulan Februari 2010. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah berhasrat untuk mengeluarkan graduat pertama UNIPOL pada tahun 2015.

2. Pencarian identiti bermula dengan renungan mengenal diri. Apakah identiti yang patut di ketengahkan oleh UNIPOL? Selama ini kekuatan Politeknik Malaysia berfokus kepada pendidikan dan latihan yang beteraskan kepada kehendak industri. Latihan Industri selama 5 bulan serta pendekatan pendidikan untuk ‘practitioners’ adalah ‘DNA’ bagi Politeknik Malaysia. Adakah ini sebenarnya kekuatan kita? Adakah pendidikan secara ‘Application Oriented Education and Training’ atau Hands-on ini sebenarnya kekuatan yang patut UNIPOL tonjolkan?
Komen, Ide atau Cadangan?

27 comments:

  1. Where is UNIPOL going to be located? Entry requirements?

    ReplyDelete
  2. Did UNIPOL offer master n PHD program??...

    ReplyDelete
  3. Saya Sokong kewujudan Universiti Politeknik

    ReplyDelete
  4. Kini masanya telah tiba!

    ReplyDelete
  5. Univ. Politeknik? Adakah ini agenda yg telah dirancang oleh pihak yg betul2 mentranformasikan siatem politeknik... atau sebaliknya? @ adakah ianya adalah semata2 untuk kepentingan individu tertentu??? kalau ianya betul2 difikir utk satu perubahan, alhamdulillah saya sokong 100%, tp dengan syarat semua kakitangan yg terlibat dalam sistem ini akan dapat benefitnya....

    ReplyDelete
  6. Unipol is a good consideration for those academic staffs who had pursue masters and phd. we, as the academic staff are strongly hoping for accreditation for our qualifications

    ReplyDelete
  7. UNIPOL adalah imej utama kepada kewujudan politeknik. Universiti hands-on ini sebenarnya sebagai penambah kepada universiti MTUN. Tapi MTUN pun tidak mempunyai tempat yg banyak untuk menampung kebanjiran lulusan diploma dan sijil politeknik. Oleh itu UNIPOL sekurang-kurangnya akan mengutamakan lulusan politeknik yang dahagakan ijazah.

    Dari sudut kebajikan kepada lulusan politeknik, UNIPOL adalah penting, sepentingnya UiTM bagi lulusan sijil dan diploma keluaran MARA. Lulusan diploma UiTM diutamakan untuk sambung degree UiTM dan seterusnya lulusan degree UiTM diberi keutamaan untuk menjadi tenaga pengajar di UiTM. UiTM tak akan layan lulusan politeknik. Siapa yg sudi layan anak kita kalau bukan kita sendiri. Oleh itu kewujudan UNIPOL amat penting bagi kebajikan lulusan dan peningkatan status bagi semua warga yg terlibat dgn sistem politeknik.

    Sudah 40 tahun berjuang bersama politeknik, sudah sampai masanya untuk teruskan perjuangan pada tahap yang lebih mencabar.

    Selamat Maju Jaya.

    ReplyDelete
  8. Adakah pensyarah2 yang belum memiliki master atau PhD akan diberi peluang biasiswa menyambung pengajian? Dan sekiranya UNIPOL setaraf universiti, adakah sistem gred akan diubah..contohnya siapa yang memiliki sarjana terus mendapat gred 45?

    ReplyDelete
  9. saya rasa nama UNIPOL kurang sesuai, macam PULAPOL pulak... dikhuatiri masyarakat akan salah faham. Kalau sekarang ada yang mengganggap Politeknik ialah "PoliKlinik". UNIPOL mungkin akan disalah anggap sebagai "Universiti Polis" pula. Lebih baik digelar sebagai UNIPOLI sahaja.

    ReplyDelete
  10. Adalah sangat diharapkan UNIPOL akan "transform" kepada sebuah institusi yang drastik dan dinamik.

    Dalam konteks "drastik" saya berharap UNIPOL akan "transform" kepada institusi yang tiada lagi memberi layanan "istimewa" kepada pelajar yang dibantu bagaikan pelajar sekolah. Pelajar mesti "earn what do they deserve to". Oleh kerana pelajar adalah "our end product", maka "their ability at work field reflecting to institution that they come from". "Good ex-student comes from good institution"

    Dalam konteks dinamik pula adalah diharapkan UNIPOL dapat mencontohi beberapa institusi swasta & luar negara yang memberikan penumpuan pada bidang-bidang yang giat berkembang dalam keadaan semasa. "Specialization" yang lebih detail dalam satu-satu bidang menjadikan seseorang pelajar itu lebih "fitter and better" peluang kerjanya bila pelajar tamat; berbanding Ijazah tanpa pengkhususan yang lebih detail.

    ReplyDelete
  11. Sejajar dengan Pelan Transformasi Politeknik yang dilancarkan pada 25 Februari lalu, program R&D di peringkat politeknik dilihat sebagai pemangkin terhadap Politeknik Premier yang menjadi asas kepada pewujudan Universiti Politeknik menjelang tahun 2015. Tambahan pula, dengan galakan dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan, politeknik dilihat perlu memenuhi kehendak ini yang akhirnya akan membawa kepada transformasi seperti yang dirancangkan.

    Walaupun telah jelas dan nyata tentang kelebihan R&D dalam membina budaya ilmu dan pemangkin terhadap pembentukan negara maju menjelang tahun 2020, tetapi penerimaan dan pelaksanaannya di peringkat politeknik masih ditahap yang rendah. Hal ini berlaku disebabkan kurangnya kesedaran, jaringan dan kerjasama berkaitan dengan projek R&D. Selain itu, persepsi yang berlainan terhadap R&D juga membawa kepada penerimaan yang rendah dalam kalangan kakitangan akademik di politeknik masa kini. Tambahan pula, manafaat yang diperolehi oleh kakitangan akademik di politeknik hasil dari projek R&D yang mereka laksanakan juga masih samar-samar serta belum terjawab.

    ReplyDelete
  12. universiti politeknik adalah harapan pelajar-pelajar lulusan politeknik untuk menyambung ke peringkat lebih tinggi.untuk menuju ke arah ini,proses transformasi tenaga pengajar juga perlu diutamakan.Kita harus memperkasakan budaya inovasi dalam P&P dan sentiasa 'up to date' dengan industri.Jangan berada di takuk yang lama.kita akan menerima pelajar-pelajar bertaraf universiti tetapi tenaga pengajar pula sebaliknya..sekadar berkongsi pendapat..

    ReplyDelete
  13. i wonder....we want to create UNIPOL with academicians that are qualified PhD holders, but why is it so difficult with those who have their masters in thier field (diperolehi drpd inisiatif sendiri)to get scholarship approvel. The reason given is "YOU'RE TO YOUNG!" is that a valid reason!!! The younger the better to serve UNIPOL, the scholarship won't be wasted! It's such a pity and a waste when there is segregation here.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum saya sebagai pelajar politeknik malaysia amnya dan politeknik sultan idris shah khususnya nya amat berbangga dgn tranformasi politeknik malaysia.saya berharap ia akan dpt memberi manfaat kepada semua pelajar politekik malaysia.lagi lagi untuk pelajar politeknik malaysia berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi...iaitu ijazah.yang selama ini mjdi impian setiap pelajar politeknik malaysia.

    identiti yang perlu di tunjukan oleh politeknik ada modal insan yang tinggi.ini kerana dari modal insan ini lahir pelajar yg mempunyai sahsiah dan akhlak yang terpuji.bukan sahaja memiliki inovasi dan kreativi sahaja.tapi ia perlu jalan sering dgn sahsiah dan akhlak .serta inovasi dan kreativi.ia dapt membezakan antara universiti univeristi lain di malaysia.selain itu politeknik juga harus mengkekal kan identiti ya ada pada hari ini .Politeknik Malaysia berfokus kepada pendidikan dan latihan yang beteraskan kepada kehendak industri. Latihan Industri selama 5 bulan serta pendekatan pendidikan untuk ‘practitioners’ adalah ‘DNA’ bagi Politeknik Malaysia.itu benar kerana ini lah kekuatan politeknik sebenarya yang membezakan kita dgn universiti lain.saya berharap agar identiti politeknik ini dikekalkan.walaupun saudah ditukar kepada universiti politeknik kelak.politeknik melahirkan graduan yg berkualiti dan laris dipasaran saya .harpan pada politeknik agar terus menjdi pengeluar graduan yg berkualiti tinggi.dan mjdi harapan kepada negara malaysia.serta ia mjdi pilihan pertama lepasan spm.bgi meletakan politeknik setanding darjatnya dengan universiti awam lain..saya amat berbangga menjdi pelajar politeknik malaysia amnya dan khusunya politeknik sultan idris shah..

    ReplyDelete
  15. Universiti Politeknik Malaysia

    Universiti Premier Malaysia UPRM

    ReplyDelete
  16. unipol adalah langkah yg amat2 dinantikan

    ReplyDelete
  17. Tarafkan Semua Politeknik Sebagai Sebagai satu Politeknik Universiti (POU) dan Kekalkan semua nama asal politeknik. Contoh Jadikan PSA sebagai Politeknik Universiti Kampus Sultan Abdul Aziz Shah , PUO sebagai Politeknik Universiti Kampus Ungku Omar , PKM sebagai Politeknik Universiti Kampus Kota Melaka dll.
    Selain Pensyarah , semua kepimpinan tertinggi setiap politeknik yang ada sekarang seharusnya mempunyai sekurang-kurang Master. Bukan DH 48 / 52 / 54 /jusa atau pengalaman sahaja pastikan ada seiring dengan akademik master mahupun PHD walaupun tak ada satatus DR atau Prof

    ReplyDelete
  18. Salam, Pada saya UNIPOL ini perlu memikirkan 4 perkara penting dalam menuju ‘kewujudannya’ kelak.

    1. Tanggungjawab sosial UNIPOL terhadap pelajar ,masyarakat,industri dan negara
    2. Corak program yg bakal dilaksanakan di UNIPOL
    3. Pengiktirafan Badan-Badan tertentu terhadap program UNIPOL
    4. Kampus baru UNIPOL.


    1. Tanggungjawab sosial UNIPOL terhadap pelajar ,masyarakat,industri dan negara.

    UNIPOL memang perlu diwujudkan demi menampung lepasan dr. 27 buah Politeknik kini yg sukar mendapat tempat di IPTA. Memandangkan banyak IPT kini telah/ berazam utk menjadi Universiti APEX,Universiti terbaik dan Universiti yg. berpaksikan RnD, kemungkinan besar pengajian peringkat ijazah pertama akan dikurangkan dan sekiranya ada pengajian ijazah pertama, maka lepasan SPM/STPM/Matrix/Diploma yg benar2 cemerlang sahaja yg akan dipilih. Maka dimanakah laluan lepasan SPM yg mendapat keputusan yg sederhana dan baik ini?Saya percaya mereka yg mendapat keputusan SPM pd peringkat sederhana/baik ini merupakan golongan terbesar dalam peperiksaan ini.Oleh itu,saya berharap majoriti mereka dapat digilap di UNIPOL bagi membekalkan modal insan teknikal yg berguna utk negara amnya dan industri khasnya.Mungkin bagi mereka yg mendapat keputusan yg sederhana ini boleh mengikuti pengajian Diploma dahulu dimana-mana politeknik lain sebelum mendapat laluan ke peringkat ijazah dan ijazah lanjutan di UNIPOL kelak. Mungkin mereka tidak cemerlang pd peringkat SPM tetapi dengan sedikit ‘laluan’,peluang dan kepercayaan, maka mereka ini boleh berjaya apabila digilap di UNIPOL, seperti sejarah di beberapa IPTA tahun2 terdahulu.

    2. Corak program yg bakal dilaksanakan di UNIPOL

    Memandangkan UNIPOL bakal melaksanakan program berasaskan teknikal, maka saya fikir UNIPOL perlu mewujudkan kursus diploma/ijazah dan keatas dalam bidang Matematik Gunaan serta memeperkasakan Matematik di UNIPOL. Ini kerana matematik adalah perantaraan yg amat penting bagi kesemua kursus kejuruteraan mahupun ekonomi.Jika Matematik ‘kuat’ di UNIPOL,saya fikir tiada masalah dengan kesemua program2 lain mahupun lepasannya.
    Selain itu, kursus2 baru seperti kewartawanan atau penyiaran mempunyai nilai strategik kpd UNIPOL apabila graduannya mula berkhidmat dalam bidang komunikasi massa. Sekiranya mereka ini mula berkhidmat, imej UNIPOL
    turut sama diangkat kerana dalam dunia kini, bidang kewartawanan,penyiaran mahupun penulisan mempunyai pengaruh terbesar dalam masyarakat kita. Mereka ini dapat membantu serta menaikkan imej UNIPOL apabila mula berkhidmat kelak, hanya masa sahaja akan menentukan bagaimana ‘cara’ mereka ini dapat membantu UNIPOL nanti.




    3. Pengiktirafan Badan-Badan tertentu terhadap program UNIPOL

    UNIPOL perlu memikirkan langkah2 bagi memastikan programnya diiktiraf oleh JPA,MQA mahupun badan2 profesional lain.




    5. Kampus baru UNIPOL.

    Pada pandangan saya, mungkin UNIPOL patut memikirkan lokasi yg baru bagi kewujudannya nanti. Ini bukanlah untuk tujuan membazir, tetapi sbg ‘imej’ untuk memberi nafas baru kpd sistem pendidikan vokasional/teknik negara selain meningkatkan motivasi/psikologi Pensyarah dan pelajar Politeknik itu sendiri.
    Kampus ini perlu dilengkapkan sempurna sptmana universiti lain spt makmal2,kelas2,dewan syarahan,perpustakaan lengkap,padang,tempat rekreasi utk aktiviti korikulum, pusat penyelidikan serta lain2 kemudahan universiti lain.

    ReplyDelete
  19. Politeknik Universiti seharusnya dan sememangnya sejajar dengan peredaran masa kini. Ke arah pencapaian matlamat yang diperkasa melalui teknologi, gandingan yang mantap serta kerjasama semua amat diperlukan.

    Justeru, prasarana yang sedia ada (terutama bagi Politeknik yang telah lama wujud) hendaklah ditingkatkan. Manakala pertambahan Politeknik baru hendaklah dilengkapi dengan prasarana yang efisien. Prasarana serta kemudahan yang disediakan hendaklah digunakan sebaiknya.

    Dari sudut Tenaga Pengajar, sebagai penggerak utama dalam melaksanakan Politeknik Universiti ini, sentiasa bersedia dengan cabaran-cabaran yang mendatang.

    Dari sudut Pelajar pula, mereka adalah pelanggan, untuk mengutamakan pelanggan iaitu pelajar, pelajar perlu saling menghormati dan mempunyai disiplin serta jati diri yang terbaik. Penampilan dan disiplin pelajar perlu diterapkan untuk merealisasikan Politeknik Universiti.

    Sebagai bekas pelajar Politeknik, saya amat berbangga dengan kewujudan Politeknik Universiti. Matlamat kewujudan Politeknik Universiti telah lama terpahat di hati bekas pelajar Politeknik sejak dahulu lagi. Untuk memantapkan lagi kewujudannya, disiplin serta sikap pelajar hendaklah dibaiki.

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum,

    BAGI PENDAPAT SAYA , IDENTITI YANG HARUS DIKETENGAHKAN UNTUK MEWUJUDKAN SATU KEKUATAN BESAR UNIPOL IALAH MEREKA BENTUK BERTUMPUKAN KEPADA KEMAHIRAN TEKNOLOGI TINGGI.MAKSUDNYA , UNIPOL PERLU DIBEKALKAN DENGAN MESIN - MESIN , TEKNOLOGI - TEKNOLOGI YANG LATEST DAN DIGUNAKAN DI KILANG / ORGANISASI PADA MASA KINI.TIDAK BOLEH KETINGGALAN DALAM TEKNOLOGI.LATIHAN SECARA PRAKTIKAL PERLU DIKEKALKAN DAN DITERUSKAN KERANA IA MERUPAKAN KEISTEMEWAAN STUDENT POLITEKNIK SEJAK DARI DAHULU.WALAUBAGAIMANAPUN , TEKNOLOGI DAN SUMBER SUKATAN PELAJARAN PERLULAH SENTIASA THE LATEST ONE.JIKA UNIPOL TERTINGGAL SATU TEKNOLOGI , MAKA KEISTEMEWAAN GRADUAN KELUARAN UNIPOL ITU TIDAK 100 PERATUS BERMUTU.MAKA , KEKUATAN IPTA / IPTS LAIN PASTI DAPAT MENGALAHKAN GRADUAN UNIPOL.WALAUPUN IPTA / IPTS LAIN MELEBIHKAN TEORI DALAM SUKATAN PEMBELAJARANNYA.

    WALAUBAGAIMANAPUN , PEMBELAJARAN TEORI JUGA PERLU DITEKAN TETAPI PEMBELAJARAN PRAKTIKAL MASIH JUGA PERLU DIKUATKAN KERANA IA KEISTEMEWAAN UNIPOL DARI IPTA / IPTS LAIN DI MALAYSIA.JADI SUKATAN PEMBELAJARAN HANDS ON PERLU DIKEKALKAN DAN DIPERTEGUHKAN TETAPI MESTI MENGUNA PAKAI TEKNOLOGI THE LATEST ONE.

    TIDAK KIRA DALAM BIDANG PERDAGANGAN ATAU KEJURUTERAAN.

    SAYA SEBAGAI EX POLITEKNIK UNGKU OMAR , MERASA BANGGA DENGAN KEKUATAN HANDS ON YANG KITA ADA , TAPI TEKNOLOGI YANG DIPAKAI DI POLITEKNIK SEKARANG TIDAK MENGIKUT TEKNOLOGI THE LATEST DI KILANG ATAU ORGANISASI.MAKA ITU KELEMAHAN KITA

    PERLU PEMBAIKIAN.

    LAGI SATU , KAMPUS POLITEKNIK PERLU DIKEKAL KAN DAN TIDAK PERLU DIUBAH.TETAPI SEBUAH PUSAT UNIPOL ATAU IBU KAMPUS PERLU DIBUAT ATAU DIBINA BAGI MELAMBANGKAN KEKUATAN PUSAT UNIPOL ITU.PENTADBIRAN SELURUH KAMPUS POLITEKNIK /UNIPOL PERLU DISAMAKAN DI BAWAH SATU BUMBUNG.SEBUAH IBU KAMPUS UNIPOL.

    CADANGAN SAYA UNTUK MEMPERKUATKAN UNIPOL YG BAKAL DIBINA.

    1. PENSYARAH DITAMBAH DAN PERLU ADA (PROF DR IR) SEBAGAI PENSYARAH.
    2. TEKNOLOGI THE LATEST PERLU ADA DI UNIPOL
    3. SYARAT KEMASUKKAN DIKETATKAN SEDIKIT
    4. SERAGAMKAN SEMUA POLITEKNIK PENTADBIRAN DAN LAIN
    5. KUATKAN ALUMNI UNIPOL
    6. HANDS ON PERLU DIKUATKAN LAGI KERANA IA KEISTEMEWAAN KITA / UNIPOL ITU.TETAPI TEKNOLOGI MESTI LATEST DAN PELBAGAI.

    TQ.

    ReplyDelete
  21. Saya mencadangkan perkara dibawah ini utk dikaji oleh Jbtn.Pengajian Politeknik/ JPP:

    Kita tahu bahawa hanya universiti MTUN saja secara rasmi memberikan slot 20% kpd lepasan Poly utk menyambung pengajian mereka beserta pemindahan kredit istimewa, tidak di IPTA lain.Kita juga tahu bahawa sebahagian IPTA serta MTUN ini mempunyai fakulti pendidikan yg kebanyakannya menjadi tenaga pengajar di sekolah dan Poly.

    Kita juga tahu bahawa dalam pendidikan dan latihan berteraskan TVET, Politeknik merupakan perintis di Malaysia dan Poly mempunyai ‘sejarah panjang lg istimewa’ dengan Kolej Komuniti dan Sekolah Menengah Vokasional(kini 68 dari 88 Sekolah Teknik telah ditukarkan kembali menjadi Sekolah Vokasional). Kita juga mengetahui bahawa saban tahun bilangan Politeknik semakin bertambah(terbaru kewujudan Politeknik Metro bakal mewarnai system pendidikan Politeknik Malaysia).
    Oleh itu, saya mencadangkan supaya JPP menggunakan ‘sejarah panjang lg istimewa’nya
    dengan memberikan pula ‘slot 20%’ kepada universiti MTUN dan IPTA lain sekiranya graduan mereka ingin menjadi tenaga akademik atau tenaga teknikal di Politeknik,Kolej Komuniti mahupun Sekolah Menengah Vokasional dimasa akan datang. Mungkin perkara ini nampak kecil dan kurang memberi kesan jangka pendek bagi IPT tersebut, tetapi sekiranya dilaksanakan, maka barulah IPT tersebut ‘terpaksa’ memikirkan kembali ‘dasar & polisi’ mereka selama ini terhadap system Politeknik khasnya dan lepasan Politeknik amnya. Adakalanya, ‘kekurangan’ kita sebenarnya boleh menjadi ‘kelebihan’ buat kita dimasa akan datang..Hanya kita perlu memikirkan kaedah dan masa yg sesuai sahaja. Tidak semua penerima Hadiah Nobel dan Pencipta/Penemu teknologi itu berkelulusan universiti tersohor, tetapi sumbangan modal insan mereka ini memberikan banyak manfaat terhadap kemanusiaan kita. Wright Bersaudara si Pencipta Kapal Terbang mengikut sejarah tidak luluspun sekolah menengah .Saya percaya ramai spt mereka ini di Msia dan ‘kebolehan’ mereka hanya boleh ‘digilap’ di UNIPOL, bukannya universiti2 lain yg mengambil pelajar cemerlang sahaja. Mengikut sejarahpun saintis terkenal si Albert Einstein mula belajar di Politeknik Zurich,Germany (hanya Politeknik, kini menjadi universiti Zurich,ETH). Jadi x mustahil dalam jangkamasa panjang UNIPOL dapat mengeluarkan ‘Wright’,’Thomas’,’Alexander’ dan ‘Albert’ versi Malaysia sekiranya ada kesungguhan dari pihak atasan dan betul caranya…
    Sekian.

    ReplyDelete
  22. Sebagai warga politeknik, saya amat berbangga diatas pencapaian politeknik sehingga ke tahap politeknik premier dan bakal dinaik taraf sebagai universiti politeknik jika mencapai KPI yang ditetapkan.Tahniah kepada seluruh warga yg bertungkus lumus tanpa mengenal penat & jemu dlm melaksana tugas & tanggungjawab yg digalas. Bagi merealisasikan visi transformasi universiti politeknik pertamanya saya mengharapkan setiap pendidik di politeknik dibekalkan dgn facility asas utk P&P yang mencukupi tanpa perlu meminjam / berkongsi 2 - 5 org pendidik spt. komputer, LCD, printer, scanner, etc. Facility asas yg mencukupi (belum lg yg tercanggih) diharap dapat meninggkatkan motivasi dan image pendidik seterusnya menjadi pemangkin dlm menghasilkan cetusan idea yg kreatif & inovatif bersama pelajar bg pelaksanaan R&D yg menjadi keperluan utama sesebuah universiti.Keduanya permohonan utk menaik taraf peralatan makmal / bengkel mesti menjadi keutamaan pihak pengurusan bagi memastikan sistem pendidikan di universiti politeknik adalah terkini dan sejajar dgn keperluan industri.Ketiga pendedahan yg kerap melalui lawatan sambil belajar, menghadiri seminar & pameran kepada pendidik & pelajar contohnya dpt membuka minda ke arah penghasilan produk / perkhidmatan yg lebih kreatif & inovatif. Semuga seluruh warga politeknik khasnya dan negara amnya mendapat manafaat yg maksima diatas perancangan dan pelaksanaan transformasi ini.

    ReplyDelete
  23. sy amat berbangga dan tidak sabar lg utk melihat politeknik dinaiktaraf sebagai universiti. sy rasa nama UNIPOL adalah tidak sesuai dan sy cadangkan diberi nama UNIVERSITI POLITEKNIK MALAYSIA (UPtM)..
    di sini mungkin timbul persoalan adakah gred DH ditukar ke gred DS sama seperti unversiti lain?adakah pangkat PROF MADYA dan PROF diberikan kepada pensyarah yang telah banyak membuat research?
    sy cadangkan pensyarah yang mempunyai master diberi gred 45 dan phd gred 51.bagi lulusan yang mempunyai degree hanya diberi jawatan tutor. sy juga cadangkan pangkat prof madya dan prof diwujudkan supaya lebih ramai pensyarah berlumba-lumba untuk menjalankan research dan seterusnya mengeluarkan sesuatu idea yang baru serta inovatif.

    ReplyDelete
  24. UNIVERSITI POLITEKNIK=UniPOLY.

    ReplyDelete
  25. Universiti Politeknik bukanlah perkara baru di mata dunia hari ini kerana sudah ada Universiti Politeknik di negara2 lain.Kini,sudah tiba masanya Universiti Politeknik di Malaysia. Justeru itu,kursus2 ijazah sudah patut ditawarkan.Ini memudahkan pelajar lepasan diploma untuk memohon terus di politeknik selepas tamat pengajian peringkat diploma.Harapan saya supaya kursus ijazah ditawarkan secepat mungkin!

    ReplyDelete
  26. Bagi pendapat saya, sebelum nk tubuhkan UNIPOL..seharusnya kita tahu, apa yg membuatkan UNIPOL nie ada kelebihan berbanding Uni lain. Yg kita dapat lihat, seperti Uni Teknikal yg lebih menerapkan pembelajaran Teknikal.. Ada sesetengah komen disini mengeluarkan idea2 bernas dan relevan..Tp sejauh mane UNIPOL dapat bersaing dengan IPTA & IPTS.. Seperti yg kita tahu, Politeknik terkenal adalah menyediakan kursus Sijil bagi lepasan SPM namun kini kursus tersebut telah dimansuhkan...

    ReplyDelete
  27. X silap saya, sijil di Poly dimansuhkan dan diambil oleh IKM/ILP dan Kolej Komuniti.
    Pengambilan Diploma di Politeknik telah diturunkan dpd 5 kredit SPM kepada 3 kredit SPM baru2 ini.Sebelum ini, hanya IPTS yg ada link dgn IPTA saja yg menawarkan program Diploma dgn minima 3kredit bagi lepasan SPM.Kini, IPTS2 tersebut terpaksa bersaing dgn Poly selepas ini. Ini mungkin utk melonjakkan peranan Poly agar menjadi pilihan ramai lepasan spm..Poly Primier diberi kuasa otonomi oleh KPM bagi memilih pelajar mereka dan menggubal silibus mereka sendiri utk pengajian diploma dan diploma lanjutan..Kemungkinan besar,lepasan SPM yg bagus diletakkan di Poly Premier utk pengajian diploma/diploma lanjutan manakala lepasan SPM yg sederhana dilletakkan di Poly2 lain..walopon begitu,diharapkan mereka ini boleh melanjutkan pengajian mereka di unipol 1 hari nanti.wallahualam.

    ReplyDelete

Your comments are most welcome & will be taken into consideration.